MAKLUMAT PERMOHONAN

Maklumat Permohonan Bantuan di bawah Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN)
Inisiatif dana KWASN disediakan bagi tujuan berikut:
a) persatuan sukan yang berkelayakan untuk penganjuran kejohanan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa; dan
b) penyertaan atlet (sama ada yang bernaung di bawah persatuan sukan ataupun persendirian) dalam kejohanan bertaraf antarabangsa di luar negara untuk memperbaiki ranking atlet.
Pemberian dana KWASN bagi penganjuran atau penyertaan kejohanan sukan hanya layak dimohon oleh pihak berikut:
i. Pertubuhan/ Persatuan yang berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997;
ii. Atlet (individu/berpasukan) yang bernaung di bawah pertubuhan/ persatuan sukan; dan
iii. Atlet persendirian (individu/berpasukan).
i. Sukan prestasi tinggi yang dipertandingkan dalam temasya sukan utama (temasya Olimpik/ Paralimpik, Asia/Para Asia, Komanwel & Sukan SEA/ Para ASEAN) berdasarkan senarai Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).
ii. Sukan yang bukan di dalam senarai MOM/ MPM tetapi turut dipertandingkan dalam temasya sukan utama seperti di atas.
a) Kriteria Permohonan Penganjuran Kejohanan Sukan Yang Layak Dipertimbangkan:
i. Penganjuran kejohanan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa pada bulan November 2026 hingga Januari 2027 sahaja.
ii. Takrifan penganjuran kejohanan sukan peringkat antarabangsa atau kebangsaan:
a) Kebangsaan bermaksud kejohanan sukan di peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) atau mana-mana persatuan sukan yang telah mendapat kebenaran dari PSK dan disertai oleh wakil sekurang-kurangnya daripada lapan (8) negeri.
b) Antarabangsa bermaksud kejohanan sukan di peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh PSK atau mana-mana persatuan sukan yang telah mendapat kebenaran dari PSK dan telah mendapat kelulusan bertulis Menteri bagi penganjuran kejohanan sukan antarabangsa di Malaysia seperti diperuntukkan dalam seksyen 33, Akta Pembangunan Sukan Negara 1997 [Akta 576].
iii. Hanya 1 kejohanan untuk 1 sukan (kebangsaan atau antarabangsa) sama ada dianjurkan oleh PSK atau persatuan sukan yang diberi kebenaran oleh PSK.
iv. Hanya sukan yang telah dilaksanakan di kejohanan kebangsaan pada tahun semasa layak dipertimbangkan untuk penganjuran kejohanan antarabangsa.
v. Sebarang penganjuran kejohanan sukan antarabangsa perlu mematuhi Akta Pembangunan Sukan 1997.
vi. Jika kejohanan bersiri hanya layak dipertimbangkan untuk 1 siri sahaja.
vii. Had maksimum untuk penganjuran kejohanan antarabangsa adalah RM300,000.00 manakala RM100,000.00 untuk kejohanan kebangsaan.
viii. Pematuhan kepada Kod Anti-Doping Dunia, Peraturan Anti-Doping ADAMAS dan piawaian antarabangsa yang berkuat kuasa di bawah Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS).
- Penganjur perlu menjemput ADAMAS untuk sesi libat urus (outreach) berkaitan pendidikan anti-doping.
b) Senarai dokumen yang perlu dikemukakan:
i. Borang permohonan (K-1a);
ii. Kertas kerja lengkap dengan perincian cadangan perbelanjaan;
iii. Salinan perlembagaan pertubuhan/ persatuan sukan yang dimeteri oleh Pesuruhjaya Sukan (bagi permohonan kali pertama sahaja atau jika terdapat pindaan);
iv. Salinan sijil pendaftaran pertubuhan/ persatuan sukan (seperti yang telah didaftarkan dalam e-vendor);
v. Salinan surat pengesahan penghantaran/ keaktifan (Maklumat Yang Kena Beri – MYKB) 2 tahun terkini;
vi. Salinan surat kelulusan bertulis Menteri bagi penganjuran kejohanan sukan antarabangsa di Malaysia seperti diperuntukkan dalam seksyen 33, Akta Pembangunan Sukan Negara 1997 [Akta 576];
vii. Laporan Pelaksanaan Program (K-4a) bagi permohonan dana yang telah diluluskan sebelum ini (jika berkenaan); dan
viii. Penyata Akaun Bank aktif dan terkini yang telah disahkan.
a) Kriteria Permohonan Penyertaan Kejohanan Sukan Yang Layak Dipertimbangkan
i. Kejohanan yang dianjurkan oleh Persekutuan Sukan Antarabangsa (IF), persatuan sukan di negara penganjur organisasi yang diiktiraf dan diberi hak penganjuran oleh IF.
ii. Permohonan daripada atlet dihadkan maksimum hanya 2 permohonan setahun dengan syarat tidak menerima geran daripada agensi Kerajaan bagi permohonan yang sama.
iii. Penyertaan atlet ke kejohanan antarabangsa perlu mendapatkan surat sokongan daripada PSK.
iv. 1 permohonan dihadkan untuk 1 kejohanan sahaja (bagi kejohanan bersiri, hanya dipertimbangkan 1 siri sahaja).
v. Penyertaan ke kejohanan bagi tujuan menambah baik ranking.
vi. Atlet pernah menyertai kejohanan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa yang dianjurkan oleh pertubuhan/ persatuan sukan dan mempunyai rekod pencapaian terkini.
vii. Atlet perlu menyatakan kedudukan ranking dan rekod pencapaian terkini semasa mengemukakan permohonan.
viii. Dana hanya meliputi kos tiket kapal terbang, penginapan, yuran penyertaan dan elaun makan kepada atlet untuk setiap kejohanan yang dimohon sahaja.
ix. Keperluan pasukan sokongan untuk atlet para tertakluk kepada syor MSN.
x. Pematuhan kepada Kod Anti-Doping Dunia, Peraturan Anti-Doping ADAMAS dan piawaian antarabangsa yang berkuat kuasa di bawah ADAMAS.
- Atlet perlu menyertai kursus pendidikan anti-doping secara dalam talian melalui pautan https://adel.wada-ama.org/learn/signin.
b) Senarai dokumen yang perlu dikemukakan:
i. Borang permohonan (K-1b);
ii. Kertas kerja lengkap dengan perincian cadangan perbelanjaan dan ranking serta rekod pencapaian terkini;
iii. Surat jemputan dan pengesahan penyertaan kejohanan daripada penganjur;
iv. Surat sokongan PSK;
v. Penyata Akaun Bank aktif dan terkini yang telah disahkan;
vi. Laporan Pelaksanaan Program (K-4b) bagi permohonan dana yang telah diluluskan sebelum ini (jika berkenaan); dan
vii. Pengesahan Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) adalah dikecualikan bagi permohonan daripada atlet.
viii. Dokumen tambahan bagi pemohon bawah umur (17 tahun dan ke bawah):
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Ibu/ Bapa/ Penjaga yang sah);
- Dokumen Pengesahan Pertalian (Sijil Kelahiran/Sijil Anak Angkat/ Sijil Nikah Ibu/Bapa); dan
- Penyata Bank Ibubapa/ Penjaga.
i. Permohonan yang dikemukakan selepas program selesai dilaksanakan;
ii. Permohonan yang dikemukakan di luar jendela permohonan. (Maklumat jendela boleh dirujuk dalam portal rasmi KBS);
iii. Penganjuran kejohanan oleh;
a) Pertubuhan/ persatuan sukan yang telah digantung atau dibatalkan pendaftarannya;
b) Pertubuhan/ persatuan sukan yang tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pesuruhjaya Sukan;
c) Pertubuhan/ persatuan sukan yang tidak berdaftar dengan di bawah Akta Pembangunan Sukan Negara 1997 [Akta 576];
d) Pertubuhan/ persatuan sukan yang telah diluluskan lain-lain dana bantuan daripada KBS untuk program yang sama pada tahun semasa; dan
e) Permohonan daripada entiti/badan politik.
iv. Penganjuran dan Penyertaan Kejohanan yang berikut;
a) Kejohanan yang boleh disertai oleh mana-mana atlet melalui yuran penyertaan.
b) Kejohanan yang dibuka (Open Tournament) kepada semua atlet termasuk orang awam sempena sambutan sesuatu acara.
c) Kejohanan bagi kategori Sukan Veteran (Sukan Masters);dan
d) Kejohanan bersifat jemputan (Invitational Tournament).
Borang permohonan asal dan dokumen sokongan perlu diterima Urus Setia KWASN sebelum tarikh tutup permohonan sepertimana yang dinyatakan pada takwim permohonan KWASN seperti berikut:
Permohonan dikemukakan secara serahan tangan atau pos ke alamat berikut:
Bahagian Kewangan
Majlis Sukan Negara
Kompleks Sukan Negara Malaysia
57000 Sri Petaling, Kuala Lumpur
(u.p: Urus Setia Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara)
- Penyaluran bantuan KWASN kepada pemohon yang berjaya adalah secara berperingkat dan tertakluk kepada pertimbangan serta kelulusan Jawatankuasa.
- Penyaluran baki bantuan kewangan akan disalurkan setelah penerima bantuan mengemukakan Laporan Pelaksanaan Program (K-4). Sekiranya penerima bantuan gagal mengemukakan Laporan Pelaksanaan Program (K-4) dalam tempoh yang ditetapkan, baki bantuan kewangan akan ditarik semula dan tidak akan dipertimbangkan untuk permohonan seterusnya.
*Hanya permohonan yang lengkap akan dibawa untuk pertimbangan dan kelulusan. Pemohon yang berjaya perlu mengemukakan Surat Setuju Terima kepada MSN.
