22 Jun 2026, Perlis - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis berbesar hati menerima kunjungan YBhg. Dato’ Rahimi bin Ismail, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, sempena lawatan kerja rasmi ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis pada 22 Jun 2026.
Sepanjang lawatan, beliau telah meninjau fasiliti serta kemudahan yang terdapat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perlis bagi melihat sendiri keadaan serta keperluan semasa dalam usaha memperkasakan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Lawatan turut disusuli dengan sesi ramah mesra bersama seluruh warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Sesi tersebut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara pengurusan tertinggi kementerian dan warga jabatan, di samping memberi ruang kepada perkongsian pandangan, aspirasi serta penghargaan terhadap komitmen semua warga kerja.
Semoga lawatan ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memperkukuh kecemerlangan organisasi serta meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.