5 Julai 2026, Pulau Pinang - Y-RoboC 2026 terus menjadi platform melahirkan bakat robotik belia Malaysia!
Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Hadiah Youth Robot Challenge (Y-RoboC) 2026 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS, di IKTBN Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Dalam ucapannya, beliau menegaskan komitmen KBS untuk terus memperkasa pembangunan bakat belia dalam bidang robotik, automasi dan teknologi selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI serta agenda pemerkasaan TVET.
Penyertaan sebanyak 163 pasukan pada edisi kali ini membuktikan potensi besar generasi muda dalam bidang berteknologi tinggi.
KBS turut menyasarkan penganjuran Y-RoboC 2027 ke peringkat antarabangsa bagi memperluas pendedahan dan membuka lebih banyak peluang kepada bakat tempatan untuk bersaing di pentas global.
Majlis turut menyaksikan IKTBN Bukit Mertajam menerima pentauliahan sebagai institusi latihan awam pertama daripada Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia bagi melaksanakan kursus pensijilan kompeten Grid Connected Photovoltaic (GCPV) Installer.
Tahniah kepada semua pemenang, peserta, jurulatih dan urus setia yang telah menjayakan Y-RoboC 2026. Semoga terus mencipta inovasi dan mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.