6 Julai 2026, Pulau Pinang - Lawatan Kerja KSU KBS ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri (KOMBES) Pulau Pinang
Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, telah mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri (KOMBES) Pulau Pinang bagi meninjau fasiliti dan kemudahan yang menyokong pembangunan belia dan sukan di negeri ini.
Sepanjang lawatan, beliau mengadakan perbincangan bersama pihak pengurusan serta meninjau fasiliti yang sedang dinaik taraf bagi memastikan kemudahan yang lebih selesa, selamat dan berkualiti kepada pengguna.
Beliau turut beramah mesra dengan warga Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pulau Pinang serta berkongsi hala tuju semasa bagi menyelaraskan gerak kerja. Sesi ini juga menjadi ruang untuk mendengar pandangan dan maklum balas berkaitan kebajikan warga kerja serta cabaran operasi harian.
KBS komited memperkukuh infrastruktur sukan, pusat latihan dan pembangunan belia yang kondusif bagi melahirkan generasi muda yang aktif, berdaya saing dan berkemahiran, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Lawatan Kerja KSU KBS ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri (KOMBES) Pulau Pinang
- ukk