12 Ogos 2026, Putrajaya - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato’ Rahimi bin Ismail menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Karnival Bahasa Jiwa Bangsa KBS Tahun 2026 di Dewan Serbaguna, Menara KBS.
Majlis turut diserikan dengan Ceramah Santai “Bahasa Cerminan Kita” oleh Encik Mas Zharif Zhafri Aziz Desa, Personaliti TV9, selain penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan sebagai penghargaan atas penyertaan dan komitmen warga KBS dalam menjayakan Karnival Bahasa Jiwa Bangsa 2026.
Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, Puan Chan Hong Jin; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS, Encik Abdullah bin Hasan; serta Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Encik Abang Haliman bin Abang Julai.
Bahasa kita, jati diri kita. Terus martabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, komunikasi dan penyatuan.
Majlis Perasmian Penutupan Karnival Bahasa Jiwa Bangsa KBS Tahun 2026
- ukk