Sambutan Hari Inovasi KBS Tahun 2026

Sambutan Hari Inovasi KBS Tahun 2026

5 November 2026, Putrajaya - Inovasi bukan sekadar menghasilkan idea baharu, tetapi keberanian untuk berubah dan memastikan setiap idea diterjemahkan kepada tindakan yang membawa impak.

Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, ketika merasmikan Hari Inovasi KBS 2026 hari ini, menyeru seluruh warga KBS mengamalkan budaya kerja kreatif dan progresif serta sentiasa menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan.

Beliau turut menegaskan bahawa setiap idea inovasi perlu disusuli dengan tindakan (follow-up and follow-through), termasuk meneroka potensi pengembangan dan pengkomersialan produk inovasi agar tidak terhenti sekadar di peringkat pertandingan atau pengiktirafan.

Warga KBS turut digalakkan memanfaatkan teknologi serta kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan kecekapan organisasi dan memastikan inovasi dapat dilaksanakan, dikembangkan serta berpotensi dikomersialkan.