Majlis Perasmian Penutupan Karnival Bahasa Jiwa Bangsa KBS Tahun 2026

12 Ogos 2026, Putrajaya - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato’ Rahimi bin Ismail menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Karnival Bahasa Jiwa Bangsa KBS Tahun 2026 di Dewan Serbaguna, Menara KBS.

Majlis turut diserikan dengan Ceramah Santai “Bahasa Cerminan Kita” oleh Encik Mas Zharif Zhafri Aziz Desa, Personaliti TV9, selain penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan sebagai penghargaan atas penyertaan dan komitmen warga KBS dalam menjayakan Karnival Bahasa Jiwa Bangsa 2026.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, Puan Chan Hong Jin; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS, Encik Abdullah bin Hasan; serta Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Encik Abang Haliman bin Abang Julai.

Bahasa kita, jati diri kita. Terus martabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, komunikasi dan penyatuan.

Sambutan Kepulangan Kontinjen Malaysia Sukan Komanwel

4 Ogos 2026, Sepang - Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari menyambut kepulangan Kontinjen Malaysia dari Sukan Komanwel Glasgow 2026 di Balai Ketibaan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 

Malaysia melakar pencapaian membanggakan dengan meraih 8 pingat emas, 3 pingat perak dan 5 pingat gangsa, sekali gus menduduki tempat ke-10 daripada 74 negara.

Terima kasih wira negara. Jalur Gemilang terus berkibar!

Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Peringkat Negeri Sabah 2026

25 Julai 2026, Sabah - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Mordi Bimol telah hadir memeriahkan Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Peringkat Negeri Sabah 2026 yang berlangsung di Pusat Komuniti Kampung Dato, Manggatal.

Antara pengisian program seperti sesi Town Hall bersama belia, Debat Santai Kepimpinan, Program Jejak Prihatin, Aktiviti Khidmat Komuniti, sukan rakyat yang menyemarakkan semangat kebersamaan.
KIBAR terus menjadi wadah memperkasa suara belia, membina kepimpinan akar umbi dan menggerakkan komuniti ke arah masa depan yang lebih progresif serta berdaya tahan.

Majlis Perasmian Liga Remaja Kebangsaan (LRK) 2026

19 Julai 2026, Gambang - Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari telah menyempurnakan Majlis Perasmian Liga Remaja Kebangsaan (LRK) 2026 di Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD), Gambang, Pahang.

Liga Remaja Kebangsaan merupakan pertandingan pembangunan akar umbi yang menghimpunkan pemain-pemain muda terbaik dari seluruh negara menerusi kerjasama erat antara Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Hari ini mereka bermain sebagai remaja. Esok mereka mungkin menyarung jersi Harimau Malaya.

Wira Negara Hakim Danish Selamat Kembali Ke Tanah Air

14 Julai 2026, Sepang - Suasana meriah dan penuh kebanggaan menyelubungi KLIA1 hari ini. Wira permotoran kita, Hakim Danish telah selamat tiba dan disambut meriah susulan kecemerlangannya di Kejuaraan Dunia Moto3 musim 2026.

Turut sama, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato’ Rahimi Ismail ke majlis sambutan ketibaan pelumba motosikal Moto3 negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1).

Tahniah dan syabas kepada Hakim Danish serta seluruh pasukan. Semoga kejayaan dan sambutan terus menyuntik inspirasi berharga buat generasi belia negara.
Terima kasih atas doa dan sokongan seluruh rakyat Malaysia!

Please publish modules in offcanvas position.