Portal Sokongan Warga KBS

ePSIKOLOGI
Kementerian Belia dan Sukan

Menyokong kesejahteraan minda, emosi dan tingkah laku warga KBS ke arah persekitaran kerja yang lebih positif, harmoni dan produktif.

Ilustrasi psikologi dan kesejahteraan minda
Pengenalan

Platform awal maklumat perkhidmatan psikologi dan kaunseling warga KBS.

Portal ePsikologi merupakan platform awal bagi warga Kementerian serta Jabatan/Agensi di bawahnya untuk mendapatkan maklumat awal mengenai perkhidmatan psikologi dan kaunseling yang ditawarkan.

UPPsi bertanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti dan perkhidmatan yang meliputi Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam. Secara umumnya, perkhidmatan dan aktiviti ini menumpukan kepada elemen pemikiran, tingkah laku dan emosi di tempat kerja.

Kesejahteraan minda

Menggalakkan budaya kerja yang lebih seimbang, positif dan menyokong.

Sokongan warga kerja

Menyediakan ruang maklumat awal berkaitan sokongan psikologi dan kaunseling.

Persekitaran organisasi

Membantu membina organisasi yang lebih harmoni, produktif dan berdaya tahan.

Visi dan Misi

Memperkasa kesejahteraan minda, emosi dan tingkah laku warga organisasi.

Visi

Membantu pengurusan sumber manusia dalam membangunkan warga organisasi yang sejahtera minda, emosi dan tingkah laku.

Misi
  • Melaksanakan dasar-dasar perkhidmatan psikologi yang dikeluarkan oleh agensi berkaitan.
  • Melaksanakan aplikasi psikologi dalam pengurusan sumber manusia.
  • Membangunkan bakat dalam kerjaya dan pembangunan insan.
  • Membantu warga organisasi membudayakan kecemerlangan dan minda kelas pertama.
Fokus Psikologi

Tumpuan perkhidmatan psikologi untuk warga KBS.

Perancangan dan pembangunan potensi organisasi
Pembangunan

Merancang, melaksana dan memantau program psikologi yang dapat mempertingkatkan potensi serta prestasi pegawai selaras dengan objektif organisasi.

Pencegahan dan sokongan psikologi
Pencegahan

Menggunakan kaedah psikologi yang bersesuaian bagi memastikan perkhidmatan awam dianggotai oleh pegawai yang berkualiti melalui prestasi dan pembangunan kompetensi.

Pemulihan dan sokongan emosi di tempat kerja
Pemulihan

Memberi dan menyediakan program psikologi untuk individu bagi membantu perubahan serta mempertingkatkan keupayaan mengurus emosi, tingkah laku dan pemikiran.

Perkhidmatan Psikologi

7 perkhidmatan utama ePsikologi KBS dalam satu landing page.

Susunan ini disediakan sebagai kerangka awal. Kandungan terperinci, pautan rasmi, carta organisasi dan visual tambahan boleh dimasukkan secara berperingkat.

Perkhidmatan kaunseling
01 Intervensi & Sokongan

Perkhidmatan Kaunseling

Perkhidmatan kaunseling merupakan salah satu pendekatan melalui Aplikasi Psikologi Dalam Intervensi untuk membantu warga Jabatan dan Agensi mengendalikan isu-isu yang mengganggu pekerjaan mahupun kehidupan seharian.

Perkhidmatan ini ditawarkan untuk tujuan pembangunan, pencegahan dan pemulihan. Permohonan boleh dikemaskini kemudian melalui pautan rasmi atau kaedah yang akan dimuktamadkan oleh pihak berkaitan.

Pautan akan dikemaskini
Program psikologi
02 Pembangunan Kendiri

Program Psikologi

Pelaksanaan Program Psikologi merupakan pendekatan melalui Aplikasi Psikologi Dalam Pembangunan Personel yang menyediakan cadangan pelaksanaan aktiviti dan program berkaitan aspek psikologi dalam pembangunan kendiri.

Ia bertujuan memberi input serta menerapkan kemahiran mengurus isu dan masalah psikologi di tempat kerja seperti pengurusan emosi, stres, perubahan sikap dan minda, perhubungan individu, peningkatan motivasi dan lain-lain.

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam
03 Rakan Pembimbing

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB)

AKRAB merupakan pegawai yang dilantik bagi menjalankan peranan sebagai rakan pembimbing kepada warga organisasi. Peranan ini membantu mewujudkan sokongan sosial, kepekaan dan budaya saling membantu dalam organisasi.

Peka kepada perasaan orang lain
Memberi sokongan kepada perubahan positif
Sumber rakan untuk berkongsi permasalahan
Placeholder Carta AKRAB KBS

Carta jawatankuasa / struktur AKRAB akan dimasukkan dan direka semula kemudian.

Program pementoran
04 Bimbingan Kerjaya

Pementoran

Program pementoran merupakan pendekatan yang bertujuan memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional oleh mentor kepada pegawai yang memerlukan bimbingan.

Pelaksanaan ini membantu memantapkan kecekapan pegawai di samping membentuk keupayaan mengatasi cabaran melalui perkongsian pengalaman, ilmu dan kemahiran.

ePementoran KBS
Placeholder Carta Penyelaras Pementoran

Ruang ini disediakan untuk carta organisasi penyelaras pementoran yang akan dikemaskini kemudian.

Penilaian psikologi
05 Ujian & Penilaian

Penilaian Psikologi

Penilaian Psikologi merupakan pendekatan melalui Aplikasi Psikologi Dalam Penilaian Personel yang menggunakan ujian psikologi dan bertujuan membantu individu memahami aspek psikologi diri.

  • Saringan Minda Sihat (DASS-21)
  • Adakah Anda Burnout
  • Gaya Daya Tindak
  • Kualiti Pemimpin
  • Keyakinan Diri
Ujian Psikologi
Penyelidikan psikologi
06 Kajian & Input Organisasi

Penyelidikan Psikologi

Pelaksanaan Penyelidikan Psikologi bertujuan mengkaji isu psikologi dan permasalahan penjawat awam di tempat kerja seperti faktor pencetus, penghalang motivasi, interaksi antara manusia dengan peralatan dan sistem kerja.

Hasil penyelidikan dapat menyediakan input dan maklumat yang boleh digunakan untuk penambahbaikan pengurusan sumber manusia di dalam perkhidmatan awam.

Therapy Suite KBS
07 Ruang Intervensi & Relaksasi

Therapy Suite

Therapy Suite merupakan ruang yang disediakan bagi memberi kemudahan kepada warga KBS mendapatkan sesi intervensi, relaksasi dan sokongan berkaitan psikologi.

Ruang ini juga boleh digunakan bagi latihan dalaman, aktiviti sokongan dan pendekatan pemulihan yang berkaitan, tertakluk kepada peraturan dan tempahan yang akan dikemaskini.

Tempahan Therapy Suite
Kemudahan Therapy Suite

Ruang sokongan yang lebih santai, selesa dan mesra warga.

Nota Definisi Ujian Psikologi

Ujian psikologi sebagai satu set item yang direka bentuk untuk mengukur ciri-ciri manusia yang berhubung dengan tingkah laku.

Kaplan dan Sacuzzo, 1989

Please publish modules in offcanvas position.