
Pemberian Bantuan KBS menyokong pelaksanaan program belia melalui NGO berdaftar (ROY/ROS), dengan membiayai sebahagian kos aktiviti di peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah, tertakluk kepada Garis Panduan Pemberian Bantuan KBS.
DARIPADA IDEA, KEPADA IMPAK SEBENAR
Pemberian Bantuan KBS menyokong pelaksanaan program belia melalui kerjasama bersama NGO berdaftar di seluruh negara.
15 JAN 2026
15 FEB 2026
15 FEB 2026
15 MAC 2026
15 MEI 2026
15 JUN 2026
15 OGOS 2026
15 SEPT 2026
Mengurus pemberian bantuan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) selaras dengan Dasar Belia Malaysia 2015 (DBM).
Bantuan program atau aktiviti bermakna pemberian geran Kerajaan bagi membiayai sepenuhnya atau sebahagian kos penyertaan/pelaksanaan program atau aktiviti yang dijalankan oleh Pertubuhan Belia.
Memastikan DBM 2015 dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama NGO.
Membiayai sepenuhnya atau sebahagian kos pelaksanaan aktiviti NGO dalam penganjuran program.
Pertubuhan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).
Muat naik dokumen wajib
Sediakan dokumen sokongan berikut untuk semakan.
Mohon sebelum program dilaksanakan
Permohonan tertakluk kepada Takwim Permohonan yang ditetapkan dan dipaparkan di laman sesawang KBS.
Semakan & Mesyuarat Jawatankuasa
Permohonan lengkap akan diproses dan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pemberian Bantuan. Keputusan dimaklumkan mengikut tarikh dalam takwim.
Dokumen tidak lengkap = berisiko ditolak
Permohonan yang tidak memenuhi syarat kelayakan boleh ditolak serta-merta.
NGO yang telah digantung atau dibatalkan pendaftarannya.
NGO yang tidak menghantar MYKD/MYKB bagi tempoh 2 tahun sebelum berturut-turut.
NGO yang tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pendaftar Pertubuhan masing-masing.
Entiti berdaftar yang berorientasikan keuntungan.
Pertubuhan politik dan orang perseorangan.
NGO yang tidak mengemukakan laporan pelaksanaan program terdahulu atau telah disenarai hitam.
Carta Alir Permohonan e-Bantuan NGO
Aliran proses permohonan bantuan daripada pendaftaran sehingga penyerahan laporan pelaksanaan program.
Daftar Pengguna Awam NGO
Daftar sebagai pengguna awam NGO (gunakan ID yang sama untuk setiap permohonan).
ID Pengguna Awam (NGO): No. Sijil Pendaftaran
Isi Permohonan Atas Talian
Isi permohonan secara atas talian melalui sistem online eBantuan.
Akuan Penerimaan
Akuan penerimaan (secara automatik) melalui emel.
Semak
- Tidak lengkap → Jawab dan lengkapkan kuiri
- Lengkap → Teruskan proses keputusan
Tunggu dan Semak Keputusan
Tunggu dan semak keputusan.
Jawab Persetujuan (PB-4)
Jawab persetujuan terima (PB-4) dalam tempoh 14 hari selepas penerimaan surat rasmi keputusan dan terima bayaran.
Perolehan & Pembayaran
Buat perolehan ke atas perbelanjaan dan membuat pembayaran program.
Pemantauan
Maklumkan kepada Pegawai Pemantau bagi memantau program.
Laporan Pelaksanaan
Kemukakan Laporan Pelaksanaan Program dalam tempoh 30 hari selepas program dilaksanakan.
Tamat
Laporkan dan kembalikan wang yang tidak dibelanjakan / lebihan.