
Rakan Demokrasi Kuasa Orang Muda (RD:KOM)
- ukk
24 November 2024, Cyberjaya - 100 Siri RD: KOM Bakal Goncang Malaysia
Bersedia semua! Makin ramai anak muda akan tahu kuasa mereka dalam demokrasi negara.
Bukan setakat tengok dari jauh, suara anak muda akan lebih nyaring, undi mereka akan lebih terzahir, sebab apa? Sebab mereka akan tahu tanggungjawab dan hak mereka bila sertai program Rakan Demokrasi Kuasa Orang Muda (RD:KOM) nanti!
Hadir meluncurkan program siang tadi adalah YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
Turut hadir menyaksikan kuasa ini diluncurkan, Pn. Azura binti Abidin, KP JBSN, En. Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, TKP (Rakan Muda) JBSN dan Pn. Sri Kusuma Wati binti Mohd Daud, Pengarah STyLE MMU.
Nantikan makluman RD:KOM berhampiran anda!
Kuasa Orang Muda, JBSN Komited!