Berita KBS

PROGRAM SAMBUTAN HARI INTEGRITI PERINGKAT KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN TAHUN 2024

PROGRAM SAMBUTAN HARI INTEGRITI PERINGKAT KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN TAHUN 2024

6 November 2024, Sepang – Hari Integriti Nasional disambut setiap tahun pada 5 November sejak diisytiharkan pada tahun 2005. Sambutan dilaksanakan dengan pelbagai aktiviti atas platform Bulan Integriti Nasional. Umumnya, sambutan Hari Integriti di KBS diraikan setiap tahun pada bulan November sebagai inisiatif berterusan untuk membudayakan integriti dan memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan setiap lapisan warga KBS. Hakikatnya, usaha untuk memupuk nilai dan budaya integriti sebagai cara hidup tidak boleh dilaksanakan secara bermusim atau masa-masa tertentu sahaja. Hal ini kerana peningkatan secara drastik pelbagai salah laku moral seperti kes rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa membuktikan masalah defisit integriti cukup membimbangkan.

Maka, bagi menyemarakkan sambutan Hari Integriti Nasional 2024, KBS menerusi Unit Integriti dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang telah menganjurkan Program Sambutan Hari Integriti Peringkat KBS dengan tema “Teguh Integriti, Kukuh Pertiwi”. Antara pengisian yang dijalankan seperti ceramah Klik Dengan Bijak oleh Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM), kuiz integriti, pameran agensi dan banyak lagi.

Sambutan turut diserikan dengan Bicara Integriti oleh YBhg. Datuk TPj. Kehormat (PA) Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia. Program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Othman Abdullah, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kewangan mewakili YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman
Pilihan Bahasa : Bahasa Malaysia | Bahasa English

Kemaskini Terakhir: 23-04-2025, 11:22:04

Jumlah Pengunjung Laman :

Search