
Kunjungan Hormat KSU KBS kepada Pengurus Besar Penang Youth Development Corporation
- ukk
28 November 2024, Pulau Pinang - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengurus Besar, Penang Youth Development Corporation (PYDC) yang baharu, Encik Lum Chia How.
Antara perkara yang dibincangkan bersama adalah potensi kerjasama dalam program pemerkasaan belia di Pulau Pinang. Ini selari dengan hasrat Kerajaan untuk menggunakan pendekatan "whole of government" dalam membangunkan belia negara secara holistik.
YBhg. Ts. Dr. KSU KBS turut berkongsikan jenis geran KBS yang boleh dimohon, perancangan program Rakan Muda serta ketersediaan KBS bekerjasama dengan PYDC pada tahun 2025.
Turut hadir En. Mozakir bin Buyong Mokhtar, Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dan Cik Ong Ching Shi, Pegawai Perhubungan Kanan, PYDC.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI