
KSU KBS mengadakan Lawatan Kerja ke Projek Pembangunan Fasiliti Sukan di Universiti Sains Malaysia
- ukk
29 November 2024, Pulau Pinang - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Pembangunan Fasiliti Sukan di Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau telah disambut oleh YBrs. Profesor Dr. Azlan Bin Amran, Timbalan Naib Canselor Bahagian Jaringan Industri Dan Masyarakat USM.
Projek ini merangkumi naik taraf gelanggang tennis, sepak takraw, pickleball dan bola tampar di Pusat Sukan & Rekreasi USM. Apabila disiapkan kelak, gelanggang ini dijangka dapat mencungkil bakat sukan dalam kalangan pelajar universiti serta memberi manfaat kepada penggiat sukan di Pulau Pinang selari dengan hasrat Kerajaan untuk merakyatkan dan membudayakan sukan.
Turut hadir En. Mozakir bin Buyong Mokhtar, Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dan YBrs. Profesor Dr. Hairul Anuar Hashim, Pengarah Pusat Sukan & Rekreasi.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI