Berita KBS

Pertandingan Akhir Debat Rakan Muda Debating Championship Selangor State Level 2024

Pertandingan Akhir Debat Rakan Muda Debating Championship Selangor State Level 2024

3 Disember 2024, Puchong, Selamgor - Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor telah berkenan mencemar duli
berangkat ke Pertandingan Akhir Debat Rakan Muda Debating Championship Selangor State Level 2024.

Majlis yang turut dihadiri YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan ini menyaksikan SMJK Khatolik Petaling Jaya dinobatkan sebagai juara dan Sri KDU Kota Damansara menjadi naib juara.

Bertemakan “Mengemudi Revolusi Digital dan Masa Depan Masyarakat”, sebanyak 18 buah sekolah menengah awam dan swasta di seluruh negeri Selangor telah mengambil bahagian dengan sejumlah 90 orang peserta.

Hadir sama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta.

Rakan Muda, Yakin Boleh

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #KitaSemuaTeamMAS

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman
Pilihan Bahasa : Bahasa Malaysia | Bahasa English

Kemaskini Terakhir: 23-04-2025, 11:22:04

Jumlah Pengunjung Laman :

Search