
Misi Penghantaran Bantuan Banjir Skuad Ihsan MADANI - SATRIA Rakan Muda KBS
- ukk
4 Disember 2024, Putrajaya - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan menyempurnakan Majlis Flag Off Misi Penghantaran Bantuan Banjir Skuad Ihsan MADANI - SATRIA Rakan Muda KBS.
Seramai 30 orang sukarelawan terlibat dalam siri pertama melibatkan 1 buah lori dan 6 buah kenderaan pacuan empat roda yang akan membuat penghantaran barangan ke negeri Terengganu.
Inisiatif di bawah Rakan Prihatin ini merupakan misi pertama yang dilaksanakan bagi membekalkan barangan seperti bantuan makanan, keperluan harian, kit kebersihan serta peralatan pembersihan untuk membantu mengurangkan beban yang dialami oleh mangsa banjir.
Inisiatif ini juga turut mendapat kerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), Persatuan Pacuan Empat Roda Malaysia (MFWDA) dan Humanitarian Development Global (RED A).
Hadir sama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #KitaSemuaTeamMAS