Berita KBS

HARI BERTEMU PELANGGAN ROY BERSEMPENA SAMBUTAN HARI INOVASI KBS 2024

HARI BERTEMU PELANGGAN ROY BERSEMPENA SAMBUTAN HARI INOVASI KBS 2024

13 November 2024, Putrajaya - Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) telah menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan bersempena sambutan Hari Inovasi KBS 2024, yang bertempat di Pejabat ROY Zon Tengah, Putrajaya.

Pelbagai perkhidmatan disediakan bagi memenuhi keperluan belia dan pertubuhan belia yang hadir, antaranya pendaftaran pertubuhan belia, semakan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) dan seterusnya pengeluaran Surat Lengkap, permohonan carian maklumat, serta khidmat nasihat berkaitan pengurusan dan tadbir urus pertubuhan belia.

Terima kasih diucapkan kepada para belia dan pertubuhan yang hadir, serta komitmen mereka dalam memastikan pertubuhan masing-masing memenuhi keperluan tadbir urus yang baik. Diharapkan inisiatif ini dapat memperkukuh hubungan dan kerjasama antara ROY dan komuniti belia di seluruh negara.

 

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman
Pilihan Bahasa : Bahasa Malaysia | Bahasa English

Kemaskini Terakhir: 23-04-2025, 11:22:04

Jumlah Pengunjung Laman :

Search