Berita KBS

LAWATAN YB MENTERI BELIA DAN SUKAN KE PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) SK SG. KELAMAH, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN

LAWATAN YB MENTERI BELIA DAN SUKAN KE PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) SK SG. KELAMAH, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN

10 Disember 2024, Tampin, Negeri Sembilan - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hari ini berkesempatan  menyampaikan barangan bantuan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Sg. Kelamah, Tampin, Negeri Sembilan.

Barangan seperti makanan kering, pakaian dalam wanita, kelengkapan tidur dan lain-lain telah diserahkan secara terus kepada 56 keluarga yang terkesan.

Misi ini mendapat kerjasama erat dari Persatuan Pacuan Empat Roda Malaysia, Majlis Belia Malaysia, Decathlon Malaysia, Pusat Belia Antarabangsa dan semestinya Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.

Turut hadir dalam misi ini adalah YB Tuan Suhaimizan Bizar, ADUN Gemencheh, En. Syamsul Tahrin Mohd Tahir, TKP (Rakan Muda) JBSN serta En. Ahmad Syarifuddin Sarmin, Pengarah JBS Negeri Sembilan.

#TeamKBS #MalaysiaMADANI #KitaSemuaTeamMAS #IhsanMADANI #HarungiBersama

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 10-04-2026, 16:11:32
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.