
Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) bagi Sidang III, Penggal 34, Sesi 2023 – 2024
- ukk
11 Disember 2024, Cheras, Kuala Lumpur - Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh hadir mempengerusikan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) bagi Sidang III, Penggal 34, Sesi 2023 – 2024 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras, Kuala Lumpur.
MPBN merupakan sesi libat urus dan persidangan yang menghubungkan pemimpin pertubuhan belia negeri dan kebangsaan dengan wakil-wakil kementerian dan agensi persekutuan.
Mempunyai keahlian seramai 142 perwakilan belia, MPBN diadakan setiap tahun yang mana telah ditubukan secara rasmi pada 15 Mei 1971.
Sebanyak tiga (3) usul dibahaskan oleh perwakilan melibatkan pembangunan belia Malaysia.
Persidangan turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #KitaSemuaTeamMAS