
Majlis Penyerahan Siap Kerja Kompleks Rakan Muda Rompin
- ukk
16 Disember 2024, Rompin, Pahang - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan menghadiri Majlis Penyerahan Siap Kerja Kompleks Rakan Muda Rompin bertempat di Kompleks Rakan Muda (KRM) Daerah Rompin.
Projek naik taraf ini melibatkan dua komponen utama. Komponen pertama merupakan Projek naik taraf Kompleks Rakan Muda Rompin dan kedua Pembinaan Benteng Pemecah Ombak.
KRM yang telah dinaik taraf kini bukan sahaja menawarkan kemudahan yang lebih moden dan serba lengkap, tetapi ia juga menyediakan ruang yang luas untuk golongan belia di daerah Rompin terutamanya untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti.
Adalah diharapkan KRM Rompin ini akan terus berkembang sebagai pusat utama bagi pembangunan belia dan sukan di daerah Rompin dan negeri Pahang.
Hadir sama YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI