
Konvensyen Kebangsaan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Belia Malaysia 2024
- ukk
17 Disember 2024, Kuala Lumpur - Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, hadir merasmikan Konvensyen Kebangsaan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Belia Malaysia 2024.
Konvensyen yang dianjurkan oleh KBS melalui IYC dengan kerjasama Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) ini berlangsung pada 16 hingga 18 Disember 2024 bertujuan untuk berkongsi hasil tindakan belia dalam SDG.
Selain itu, forum ini turut membentangkan resolusi belia mengenai SDG dan memperkasakan belia Malaysia sebagai agen perubahan.
Acara utama yang berlangsung dalam konvensyen ini ialah "Unboxing Global Pact for the Future : Declaration on Future Generations", forum yang memfokuskan kepada memperkasakan pemimpin muda untuk mengambil peranan dalam pembangunan global dan membentuk masa depan belia.
Barisan panel terdiri daripada YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Encik Edward Virkc, Wakil Residen UNDP di Malaysia serta Encik Ahmad Irshad bin Ahmad Razib dari Kementerian Luar Negeri.
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #KitaSemuaTeamMAS