
Perhimpunan Bulanan KBS - Disember 2024
- ukk
19 Disember 2024, Putrajaya - YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS hadir di Perhimpunan Bulanan KBS - Disember 2024.
Dalam perhimpunan ini, YBhg. Ts. Dr. KSU mahu menjadikan KBS sebagai tempat yang seronok untuk bekerja agar dapat meningkatkan produktiviti dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat dan pemegang taruh kementerian.
YBhg. Ts. Dr. KSU juga mahu warga KBS menghayati nilai M.A.L.A.Y.S.I.A yang diperkenalkan oleh YBhg. Tan Sri Shamzul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.
Selain itu, beliau juga turut mengucapkan terima kasih dan perhargaan kepada Skuad Ihsan MADANI - SATRIA Rakan Muda KBS yang digerakkan oleh JBSN bagi membantu mangsa banjir di negeri yang terkesan.
Perhimpunan turut diserikan dengan penyampaian penghargaan kepada warga KBS yang telah mengharumkan nama kementerian dalam beberapa acara sukan yang berlangsung pada tahun ini.
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #KitaSemuaTeamMAS