Peluncuran Sekolah Angkat MADANI (SAM) KBS 2025 – SJK(T) Ladang Chembong, Rembau, Negeri Sembilan
- ukk
12 Disember 2025, Rembau, Negeri SembilanYBhg. Dato' Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Sekolah Angkat MADANI (SAM) KBS 2025 – SJK(T) Ladang Chembong, Rembau, Negeri Sembilan.
Program Sekolah Angkat MADANI (SAM KBS 2025) merupakan inisiatif proaktif di bawah agenda Kerajaan MADANI bagi memperkasakan kemudahan pendidikan. Inisiatif ini lahir daripada aspirasi Malaysia MADANI yang berteraskan enam prinsip utama: Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan.
Pelaksanaan projek ini meliputi pelbagai usaha menaik taraf kemudahan di SJK(T) Ladang Chembong melalui dua komponen utama iaitu projek fizikal melibatkan naik taraf dan penyelenggaraan kemudahan sekolah termasuk pemulihan Pusat Sumber Sekolah (PSS) serta projek bukan fiizikal yang memfokuskan kepada khidmat sosial dan aktiviti belia serta sukan.
Program ini berperanan sebagai pemangkin kepada masyarakat Ladang Chembong dalam menggalakkan kesinambungan aktiviti sukan, pendidikan, kesukarelawanan dan gaya hidup aktif. Ia turut menyokong aspirasi memperkasa komuniti sekolah melalui inisiatif pembangunan yang relevan, inklusif dan berasaskan nilai MADANI.
Inisiatif ini bukan sahaja mengukuhkan kerjasama antara agensi kerajaan dan institusi pendidikan, malah memperkasakan pembangunan sahsiah murid serta mewujudkan hab komuniti pendidikan luar bandar. Ia seterusnya menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti hidup dan pendidikan, selaras dengan agenda MADANI yang menekankan pembangunan holistik serta kesejahteraan rakyat.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja
