Berita KBS

Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI KBS 2025 di Kampung Batu 20, Sungai Lui, Hulu Langat

Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI KBS 2025 di Kampung Batu 20, Sungai Lui, Hulu Langat

14 Disember 2025, Hulu Langat, Selangor - YBrs. Puan Chan Hong Jin, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI KBS 2025 di Kampung Batu 20, Sungai Lui, Hulu Langat.

Kampung Sungai Lui, Batu 20, Hulu Langat telah dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI KBS dengan pelaksanaan pelbagai inisiatif menaik taraf dan pembaikan infrastruktur termasuk gelanggang serbaguna, pusat komuniti, dewan serbaguna, gelanggang silat berbumbung, gelanggang futsal dan bola jaring, serta kerja penurapan jalan dan parkir masjid.

Dalam masa yang sama, pelbagai program pembangunan belia dan sukan turut dilaksanakan merangkumi keusahawanan belia, sukan komuniti, kesukarelawanan, latihan asas TVET, klinik sukan, aktiviti seni dan muzik serta inisiatif Rakan Muda.

KBS yakin Program Kampung Angkat MADANI ini akan memberi manfaat berpanjangan kepada komuniti Kampung Sungai Lui, bukan sahaja melalui kemudahan yang lebih baik, malah peluang pembangunan belia yang lebih menyeluruh.

Terima kasih kepada seluruh warga Kampung Sungai Lui atas kerjasama dan sokongan berterusan. Semoga inisiatif ini terus dimanfaatkan demi membentuk komuniti yang progresif, mampan dan sejahtera.

Hadir sama Tuan Haji Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja  #RancakkanMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 17-04-2026, 15:18:48
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.