Berita KBS

Sidang Media 1Sukan 1Fasiliti

Sidang Media 1Sukan 1Fasiliti

Bukit Jalil, 28 Ogos 2023 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan telah mengumumkan hasil daripada inisiatif 1Sukan 1Fasiliti bertempat di Institut Sukan Negara, Bukit Jalil. 

Demi pembangunan sukan, adalah penting semua persatuan sukan kebangsaan (PSK) mempunyai home-base atau tempat yang tetap untuk berlatih. Walaupun penyediaan tempat latihan adalah tanggungjawab PSK, inisiatif 1Sukan 1Fasiliti adalah usaha KBS untuk menyokong PSK dalam usaha mereka untuk mendapatkan tempat latihan yang tetap bagi tujuan pembangunan prestasi dan bakat sukan. 

Objektif utama inisiatif 1Sukan 1Fasiliti ini adalah untuk memperkasakan persatuan sukan agar dapat meningkatkan kualiti pengurusan dan pembangunan tadbir urus yang lebih baik, teratur, sistematik dan bertaraf antarabangsa serta mengoptimumkan penggunaan fasiliti dan kemudahan sukan sedia ada, sama ada di bawah pengurusan kerajaan mahupun swasta. 

Sejak bulan April 2023, KBS telah menerima dan mempertimbangkan sebanyak lapan (8) permohonan daripada PSK yang mana telah dipadankan dengan fasiliti dan kemudahan di bawah KBS, kementerian/ agensi kerajaan dan juga pihak swasta. Senarai padanan di bawah inisiatif 1Sukan 1Fasiliti adalah seperti berikut:

1. Persatuan Sukan Larian Berhalangan Malaysia (MORSA), Ruang Parkir, Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, Kuala Lumpur 

2. Persatuan Korfball Malaysia, Dewan Tertutup, Kompleks Sukan Negara (Panasonic), Shah Alam 

3. Persatuan Teqball Malaysia, Dewan Serbaguna Akademi Sukan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang 

4. Persatuan Finswimming Malaysia, Akademi Sukan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang 

5. Persatuan Sofbol Malaysia (Sofbol), Padang Sofbol, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi 

6. Persatuan Sofbol Malaysia (Baseball 5), Padang Sofbol, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi 

7. Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF), MRANTI Park, Bukit Jalil (TPM), Kuala Lumpur 

8. Persekutuan Hoki Ais Malaysia, IOI Icescape Ice Rink, IOI City Mall, Putrajaya 

KBS menyeru mana-mana pemilik fasiliti sukan, sama ada dari pihak kerajaan mahupun swasta untuk tampil ke hadapan menawarkan fasiliti sukan kepada PSK demi pembangunan bakat serta prestasi sukan negara.

Maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai inisiatif 1Sukan 1Fasiliti, sila hubungi sekretariat di talian 03-8871 3242/3319/3313 atau e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

Unit Komunikasi Korporat 
Kementerian Belia dan Sukan

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman
Pilihan Bahasa : Bahasa Malaysia | Bahasa English

Kemaskini Terakhir: 11-07-2025, 08:01:19

Jumlah Pengunjung Laman :

Search