Berita KBS

Jelajah Kopi Bermuzik

Jelajah Kopi Bermuzik

Damansara, 29 September 2023 - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan melancarkan program Jelajah Kopi Bermuzik di Starbucks Reserve Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya.

Jelajah Kopi Bermuzik adalah sebuah program jelajah dengan intipati perkongsian ilmu tentang industri muzik di samping menghiburkan penonton dengan persembahan artis di 5 lokasi Starbucks terpilih.

Program selama 2 jam ini bakal menampilkan 3 artis tempatan di setiap lokasi yang akan berkongsi ilmu mencipta lagu dan pengalaman mereka berkecimpung dalam industri muzik dan diakhiri dengan persembahan akustik secara eksklusif.

JKB adalah sebuah inisiatif KBS menerusi Rakita 107.9 dengan kerjasama Starbucks dan Yoodo, yang turut disokong oleh Rakan Muda menerusi  gaya hidup Rakan Muzik.

Antara artis yang akan turut serta dalam Jelajah Kopi Bermuzik termasuklah Orkes A. Hizadin, Amir Jahari, Hawa, Bihzhu dan Heidi Moru.

#TeamKBS #DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman
Pilihan Bahasa : Bahasa Malaysia | Bahasa English

Kemaskini Terakhir: 16-06-2025, 10:51:27

Jumlah Pengunjung Laman :

Search