
PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 Peringkat Kelapan
- ukk
Kuala Lumpur, 30 September 2023 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir di jelajah berbasikal berprestij di Asia, PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 peringkat kelapan di KLCC.
Peringkat terakhir ini menyaksikan Pelumba pasukan EF Education-Easypost, Simon Carr memenangi gelaran Juara Keseluruhan (Jersi Hijau).
Arvid De Kleijn menepati ramalan menguasai gelaran Raja Pecut (Jersi Oren) sejak Peringkat Pertama tanpa dicabar hebat mana-mana pelumba lain.
Bagi Jersi Polka Dot (Raja Bukit) pula menjadi milik Simon Pellaud dan pelumba Astana Qazaqstan Team Vadim Pronskiy merangkul gelaran pelumba Terbaik Asia (Jersi Putih).
Turut hadir YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI