
PROGRAM LAWATAN KE PENJARA KAJANG
- ukk
KAJANG, 26 SEPTEMBER – Penganjuran program lawatan ke Penjara Kajang diadakan bersempena sambutan Hari Integriti Kementerian Belia dan Sukan 2023 yang dianjurkan oleh Unit Integriti Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Lawatan ini diketuai oleh Ketua Unit Integriti KBS iaitu Puan Geetha Ramachandran dan seramai 28 orang pegawai dan kakitangan KBS mengambil peluang dan pengalaman. Mereka yang hadir berkunjung ke Penjara Kajang bukan sahaja dapat merasai suasana malah perkongsian kehidupan daripada penghuni Penjara Kajang secara tidak langsung dapat menyampaikan mesej kepada masyarakat di luar sana.
Sesi lawatan selama tiga jam itu bukan sahaja membuka mata dan minda akan kesan perbuatan salah laku di dalam kalangan masyarakat, malah membantu mereka refleksi diri akan erti tanggungjawab dan menghargai nilai sebuah kebebasan.