
Tinjauan perkembangan penanaman rumput Zeon Zoysia oleh YBhg. Ts. Dr. KSU KBS
- ukk
Bukit Jalil, 10 Oktober 2023 - YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS "turun padang" untuk meninjau penanaman rumput jenis Zeon Zoysia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Pemasangan rumput dijangka siap sebelum perlawanan pertama Pestabola Merdeka iaitu Malaysia menentang India pada 13 Oktober 2023 (Jumaat).
Tinjauan ini turut dihadiri oleh YBrs. En. Mohd Faidz bin Sanusi, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), YBrs. En. Ahmad Faedzal bin Md Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Malaysia (ISN), dan YBrs. Pn. Azura bt Abidin, Pengarah, Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS).