
International Cheer Union (ICU) World Cup 2023
- ukk
KLIA, 10 Oktober 2023 - YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS hadir ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) untuk menyambut kepulangan 18 atlet cheerleading di International Cheer Union (ICU) World Cup 2023 di Seoul, Korea Selatan.
Atlet-atlet yang berjuang di bawah nama kumpulan CA Awesome ini telah berjaya memenangi kategori "Youth All Girl Median" dengan mengalahkan kumpulan dari Mexico di peringkat akhir. Dengan berbekalkan latihan kurang daripada 6 bulan, atlet-atlet yang terdiri daripada berbilang kaum ini berjaya mengharumkan nama negara di persada dunia.
Tahniah diucapkan kepada atlet dan ibu bapa mereka! Tumpuan atlet-atlet cheerleading kini beralih kepada persediaan ICU World Cheerleading Championship yang dijangka berlangsung di Orlando, Amerika Syarikat pada bulan April 2024.
Sambutan kejayaan ini turut dihadiri oleh YBrs. Tn. Hj. Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), KBS.