
Majlis Perasmian Penutup Konvensyen Literasi Kewangan Belia Kebangsaan 2023
- ukk
Shah Alam, 10 Oktober 2023 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir ke Majlis Perasmian Penutup Konvensyen Literasi Kewangan Belia Kebangsaan 2023 di Shah Alam yang disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri.
Konvensyen yang bertemakan "Transformasi Diri: Memupuk Keupayaan Belia Literasi Kewangan” bertujuan memberi fokus kepada pendidikan Literasi Kewangan selaras dengan rangka Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) dan Model Pembangunan Belia Madani 2030 (MPBM2030).
Disamping itu konvensyen ini juga merupakan platform mewujudkan generasi belia yang mempunyai tahap literasi kewangan yang tinggi serta bersedia untuk menghadapi situasi ekonomi yang semakin dinamik.
Hadir sama YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia