
Majlis Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2023
- ukk
Putrajaya, 14 Oktober 2023 - Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan Majlis Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 bertempat di Pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya, hari ini.
Majlis sambutan turut diserikan dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abd Halim.
Hari Sukan Negara (HSN) merupakan agenda nasional yang disambut secara tahunan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober.
HSN berhasrat membudayakan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif selaras dengan kerangka Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030.
Sambutan turut diisi dengan penganjuran 66 buah acara dan aktiviti sukan dan rekreasi bermula 13 hingga 15 Oktober 2023 seperti Jelajah Fit Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 (larian, berbasikal & jalan kaki), senamrobik, bola keranjang 3X3, kabbadi, sukan elektronik dan banyak lagi.
Selain itu, turut dianjurkan adalah program dan aktiviti mesra OKU, kanak-kanak dan warga emas seperti Karnival Inspire OKU Aktif, Active Ageing, sukaneka dan sebagainya.
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia