Berita KBS

Simposium Kemahiran ILKBS Tahun 2023 (SKIL’23)

Simposium Kemahiran ILKBS Tahun 2023 (SKIL’23)

Kajang, 19 Oktober 2023 -  YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir merasmikan Simposium Kemahiran ILKBS Tahun 2023 (SKIL’23) di  Kajang, Selangor.

Bertemakan “Latihan Kemahiran Memacu Daya Saing Inklusiviti Belia”, SKIL’23 bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada tenaga pengajar ILKBS, industri/agensi serta komuniti mengenai peluang latihan kemahiran dan potensi laluan kerjaya khusus untuk golongan inklusiviti belia autisme dan belia berkeperluan khas. 

KBS telah melaksanakan Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia Autisme dan Berkeperluan Khas sejak 2018 dengan kerjasama Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia (NASOM). Sehingga 2023, seramai 178 orang pelajar telah mengikuti program kemahiran jangka pendek selama 6 bulan di 7 lokasi .

KBS akan terus memberikan komitmen memperkasakan golongan inklusiviti belia autisme dan belia berkeperluan khas melalui latihan kemahiran TVET sekali gus mampu membantu dan menyokong penjanaan ekonomi belia minoriti.

#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman
Pilihan Bahasa : Bahasa Malaysia | Bahasa English

Kemaskini Terakhir: 16-06-2025, 10:51:27

Jumlah Pengunjung Laman :

Search