Majlis Pelancaran Program Inspire OKU Aktif @ Hujung Minggu 2024
- ukk
23 Jun 2024, Kuala Lumpur - YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu , Ketua Setiausaha KBS, hadir mewakili Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Inspire OKU Aktif @ Hujung Minggu 2024 di Dataran DBKL, Kuala Lumpur.
Program merupakan sebuah inisiatif KBS dengan hasrat membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat termasuklah OKU selain daripada menggalakkan gaya hidup aktif, sihat dan cergas dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan OKU.
Program ini juga merupakan komitmen KBS mempromosikan inklusiviti dalam aktiviti sukan dengan melibatkan masyarakat bersama-sama dengan golongan OKU.
Dengan pengisian pelbagai aktiviti kecergasan seperti senamrobik, berjalan santai dan seumpamanya, program akan turut berlangsung secara percuma pada setiap hujung minggu di 17 lokasi di seluruh negara sehingga bulan Ogos 2024.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI
