Berita KBS

Lawatan Projek Pembangunan Kompleks Mini Sukan Gemas, Tampin, Negeri Sembilan

Lawatan Projek Pembangunan Kompleks Mini Sukan Gemas, Tampin, Negeri Sembilan

22 Jun 2024, Tampin, Negeri Sembilan - YBhg Ts Dr Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengadakan lawatan projek pembangunan Kompleks Mini Sukan Gemas, Tampin, Negeri Sembilan. 

Projek yang mula dibina pada tahun 2021 bertempat di Lot 40754, berhampiran dengan Pejabat Daerah Kecil dan Tanah Gemas masih berada di belakang waktu untuk disiapkan dan dikategorikan sebagai bermasalah.

YBhg. Ts. Dr. KSU bersama Pegawai Pengurusan dan Pembangunan KBS telah berbincang dengan pihak Perunding serta Kontraktor bagi mencari kaedah penyelesaian terbaik bagi mengatasi permasalahan ini.

Projek pembinaan ini merangkumi dewan serbaguna, padang bola sepak sintetik, trek joging, astaka dan lain-lain khusus untuk masyarakat akar umbi menikmati kemudahan sukan.

Turut hadir YBrs. Tuan Haji Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS, Encik Amir Hamzah Awang Ghazali, Setiausaha Pembangunan KBS, Encik Zul Fadhli Abd Aziz Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Pegawai JBS Negeri Sembilan dan lain-lain.

#TeamKBS #MalaysiaMADANI #KitaSemuaTeamMAS

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 13-02-2026, 07:56:09
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.