Apa itu Rakan Muda?
Inisiatif oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk menjadikan masa berkualiti, minat, bakat dan penglibatan belia sebagai ruang membina jati diri, jaringan dan perpaduan melalui pengalaman yang lebih fun, vibrant & meaningful.
Mohon sekarang untuk menggerakkan idea, aktiviti dan inisiatif belia yang lebih segar, inklusif dan berimpak.
Musim 2
Jaguh Rakan Muda Musim 2 kembali menerusi kolaborasi bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM). Tampilkan bakat, semangat dan jiwa Rakan Muda anda dalam cabaran yang menguji kemampuan dan semangat berpasukan.
Lokasi Uji Bakat
Tiga lokasi membuka pentas kepada bakat baharu. Pilih lokasi yang paling dekat dengan anda dan hadir untuk uji bakat Jaguh Rakan Muda Musim 2.
Johor
Toppen Shopping Centre
L3 • Johor Bahru, Johor
Pahang
East Coast Mall
Main Concourse • Kuantan, Pahang
Sarawak
Boulevard Shopping Mall
Kuching, Sarawak
Syarat Penyertaan
Sebelum menyertai sesi uji bakat, pastikan anda memenuhi syarat penyertaan Jaguh Rakan Muda Musim 2.
Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
Open to all Malaysian citizens.
Berumur di antara 16 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh penyertaan.
Aged between 16 and not older than 30 years old on the date of participation.
Peserta di bawah umur 18 tahun mesti mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga sah.
Participants under 18 must obtain written consent from a parent or legal guardian.
Hanya penyertaan individu sahaja yang dibenarkan.
Only individual participation is allowed.
Penyertaan secara berkumpulan adalah tidak dibenarkan.
Group participation is not permitted.
Peserta mestilah berada dalam kesihatan yang baik dan cergas fizikal.
Participants must be in good health and physically fit.
Semua penyertaan uji bakat adalah atas risiko dan tanggungjawab peserta sendiri.
All audition participation is at the participant's own risk and responsibility.
10 Gaya Hidup
Rakan Muda digerakkan melalui 10 gaya hidup yang dekat dengan minat, bakat dan impak belia.

Rakan Prihatin
Kesukarelawanan dan khidmat komuniti.

Rakan Niaga
Keusahawanan dan inovasi ekonomi.

Rakan Muzik
Bakat muzik dan persembahan kreatif.

Rakan Mahir
Kemahiran teknikal dan vokasional.

Rakan Litar
Aktiviti bermotor dan kompetitif.

Rakan Ekspresi
Karya dan bakat kreatif.

Rakan Digital
Media digital dan inovasi teknologi.

Rakan Demokrasi
Kesedaran demokrasi dan kenegaraan.

Rakan Bumi
Kelestarian alam sekitar.

Rakan Aktif
Gaya hidup sihat dan aktif.
3 Fokus Utama
Memperkasa generasi muda melalui minat, penyertaan dan kolaborasi strategik.
Penjenamaan Semula
Menghangatkan semula jenama Rakan Muda melalui 10 gaya hidup.
Pembangunan Potensi
Menterjemahkan minat dan kecenderungan positif anak muda.
Sinergi Strategik
Kerjasama dengan rakan strategik bagi memperluas impak program.
Dari dulu hingga kini
Rakan Muda berevolusi mengikut zaman — daripada fokus pembangunan sahsiah remaja kepada pendekatan yang lebih segar, ekspresif dan berasaskan 10 gaya hidup.
Fokus kepada pembangunan sahsiah individu melalui 9 gaya hidup bagi mengurangkan isu lepak dalam kalangan remaja.
Pembangunan potensi remaja berasaskan penglibatan aktif dalam 8 gaya hidup menerusi elemen prihatin, mahir dan dinamik.
Fokus untuk mendekati minat anak muda dengan memberi penumpuan kepada penyerlahan kreativiti dan pengembangan bakat.
Fokus kepada pembangunan anak muda menerusi ekspresi, minat dan kecenderungan positif berlandaskan 10 gaya hidup yang fun, vibrant & meaningful.
5 langkah mudah untuk menjadi Rakan Strategik
Proses ringkas untuk agensi awam, badan bukan kerajaan berdaftar dan agensi swasta yang ingin bekerjasama memberi nilai tambah kepada program Rakan Muda.
* Rakan Strategik boleh menggunakan branding Rakan Muda bagi tujuan promosi dan medium yang bersesuaian.
** Hebahan serta promosi melibatkan Rakan Strategik di platform Rakan Muda tertakluk kepada skop kerjasama.
*** Cadangan boleh dihantar ke e-mel rasmi: rakanmuda@kbs.gov.my
5 langkah mudah untuk menjadi Rakan Pelaksana
Proses ringkas untuk agensi awam, badan bukan kerajaan berdaftar dan agensi swasta yang ingin bekerjasama melaksanakan program Rakan Muda di bawah 10 gaya hidup.
* Rakan Pelaksana boleh menggunakan branding Rakan Muda bagi penganjuran program seperti yang dicadangkan.
** Hebahan serta promosi bagi penganjuran program Rakan Pelaksana di platform Rakan Muda tertakluk kepada skop kerjasama.
*** Cadangan boleh dihantar ke e-mel rasmi: rakanmuda@kbs.gov.my
JOM Sertai Rakan Muda!
Bersama kita bina generasi belia yang aktif, kreatif, dan berdaya saing. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda! 🌟
Kalendar Mega Rakan Muda
Terokai perancangan program utama Rakan Muda 2026 mengikut fasa dan 10 gaya hidup — supaya lebih mudah untuk semakan, rujukan dan penyertaan.
Fasa 1 · Februari hingga Mei
Permulaan momentum Rakan Muda 2026 dengan fokus kepada ekspresi, keusahawanan sosial, kelestarian dan semangat belia.
Cerita dan momen Rakan Muda
Sorotan aktiviti dan keterlibatan anak muda yang memperlihatkan semangat, kreativiti dan pengalaman.
Momen dan suasana Rakan Muda
Himpunan visual program dan aktiviti komuniti Rakan Muda sepanjang 2024...
Bahagian Pembangunan Rakan Muda
Jabatan Belia dan Sukan Negara
Kementerian Belia dan Sukan
No 27, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Buka terus di aplikasi navigasi pilihan anda.