Program ini diadakan untuk memberi pendedahan mengenai aktiviti lasak serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan barisan kepimpinan serta ahli sekretariat Rakan Muda Universiti Utara Malaysia (SRMUUM) bersama pegawai daripada Majlis Belia Daerah Kubang Pasu serta Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kubang Pasu. Program ini juga bagi memupuk kerja berpasukan dan meningkatkan kepercayaan diri.