Program ini bertujuan untuk menerangkan berkaitan betapa pentingnya latihan yang perlu diberikan kepada pemain mestilah tepat dan berkesan. Kesalahan dalam melatih para pemain akan menyebabkab prestasi mereka terjejas dan berlakunya kecederaan. Oleh itu, kursus ini agar apa yang di ajar bertepatan dengan kehendak sukan. Menerangkan kepentingan sains sukan kepada para peserta disamping memberikan pendedahan berkenaan latihan suaian fizikal bagi membantu meningkatkan prestasi dan mengurankan risiko kecederaan.