Program ini adalah salah satu usaha dalam menjayakan halatuju pelan Strategik KBS 2021-2025 iaitu Pembangunan Sukan Berteraskan Blueprint Negara Bersukan. Program ini dibentuk bagi memperluaskan gelombang dan penerapan budaya bersukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat melalui kesedaran dan motivasi untuk amalan gaya hidup aktif, informasi berkenaan aktivit- aktiviti yang dilaksanakan oleh bahagian Pembangunan Sukan secara khususnya.