Program ini merupakan salah satu inisiatif intervensi sosial belia Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) bagi pembangunan dan pemerkasaan identiti sosial belia serta pengurangan keterlibatan belia dalam isu dan permasalahan sosial. Kem ini merupakan inisiatif berbentuk kem yang merangkumi aktiviti indoor dan outdoor yang memberi pemahaman dan kesedaran kepada golongan belia mengenai bahaya jika terjebak dalam gejala sosial dan aktiviti tidak sihat. Program dilaksanakan secara fizikal dan pengisian program melibatkan akitiviti kerohanian, latihan dalam kumpulan (LDK), slot kemahiran dan keusahawanan, perkongsian ilmu, motivasi dan aktiviti kecergasan