Parlimen Belia Malaysia (PBM) merupakan salah satu daripada enam inisiatif Makmal Transformasi Pembangunan Belia 2010 yang dilaksanakan oleh Pihak Kementerian melalui tindakan Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara. Inisiatif ini merupakan satu platform bagi golongan belia untuk menyumbang idea dan pandangan dalam usaha membentuk masa depan negara yang aman, makmur serta dinamis