Memandangkan golongan anak-anak muda ini sangat penting kepada pembangunan negara, maka KBS optimis untuk terus melaksanakan program kepimpinan berprestasi tinggi secara mentoring atau internship kepada anak-anak muda ini. Program ini yang dikenali sebagai Program Felo Perdana melibatkan penyertaan peserta dari kalangan siswazah dan graduan daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Sejak diperkenalkan pada tahun 2013 sehingga tahun 2022, seramai 754 orang felo yang terdiri daripada graduan dan siswazah dari universiti dalam dan luar negara telah menyertai program ini. Program berbentuk mentoring dan internship ini merupakan salah satu inisiatif kementerian untuk melahirkan golongan belia yang dinamik, berdaya saing dan mempunyai pengetahuan yang relevan berkaitan sistem pentadbiran negara serta dapat menghadapi cabaran serta isuisu semasa pada masa yang akan datang.