Program Pertukaran Belia Malaysia-Korea Selatan merupakan program hubungan dua hala yang dijalankan setiap tahun bagi mengukuhkan hubungan antara belia Malaysia dan Korea Selatan. Program pertukaran ini dianjurkan bertujuan untuk memperkenalkan budaya Malaysia kepada warga luar. Program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan perniagaan kecil dan sederhana yang terdapat di Malaysia.