Program Perak Heritage Mission: Youth History-Hunt @ Muzium Darul Ridzuan 2023 menjadi sebuah program yang amat unik serta memberi impak kepada golongan muda berkaitan pemahaman sejarah serta mempromosikan institusi pelancongan di negeri Perak. Program ini adalah untuk mempromosikan khazanah pelancongan setempat dalam pada yang sama memberi pemahaman sejarah secara lebih santai dan seronok dengan pengayaan seperti "Treasure Hunt" dan program ini akan bekerjasama dengan Pejabat Belia Sukan Daerah Kinta, Lembaga Muzium Perak & Tourism perak.