Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pengumpul atau peminat barang permainan untuk membeli barangan yang diminati dimana setiap barangan yang dijual mampu mencecah sehingga ribuan ringgit seunit. Selain itu, peniaga peniaga juga dapat meraih pendapatan sampingan dengan jualan barangan mereka. Ibu bapa juga secara tidak langsung akan menggunakan peluang dan masa yang ada untuk bersama-sama dengan anak-anak mereka ke program Anson Hobby Fair & Cosplay 2023 ini.