Konvensyen ini dirancang sebagai usaha strategik untuk melahirkan pemimpin pelapis Majlis Belia India Malaysia (MIYC) yangmampu mendepani perubahan dasar umur belia kepada bawah 30 tahun. Ini bertujuan memastikan kesinambungan kepimpinan MIYC terus segar, relevan, dan berdaya saing dalam membela kepentingan belia India di Malaysia.