Kaedah pemberian peruntukan GPS KBS adalah secara tuntutan bayaran balik (reimbursement) selepas program selesai dilaksanakan.
Persatuan/ Kelab/ Pertubuhan yang berdaftar di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS), Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS
a) Permohonan adalah meliputi penganjuran program sukan bagi sukan prestasi tinggi/ impak tinggi di peringkat Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa yang dilaksanakan di dalam negara:
i. Prestasi Tinggi:
▪ Sukan yang menentukan Ranking; dan
▪ Dilaksanakan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) dan Persatuan Sukan Negeri (PSN).
ii. Impak Tinggi:
▪ Dilaksanakan oleh Persatuan/ Kelab/ Pertubuhan yang berdaftar di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS), Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS);
▪ Memberi impak kepada ekonomi (ROI) / industri sukan; dan
▪ Penyertaan yang ramai atau mempunyai nilai warisan/ tradisi.
b) Melibatkan 103 jenis sukan di bawah Jadual Pertama Akta Pembangunan Sukan 1997 sepertimana dinyatakan dalam Pekeliling Pesuruhjaya Sukan Bilangan 2 Tahun 2023; dan
c) Program yang belum dilaksanakan.
i. Berdaftar selain di bawah PJS/ ROY/ ROS;
ii. Pemohon yang telah digantung atau dibatalkan pendaftarannya atau yang tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pendaftar Pertubuhan masing-masing;
iii. Permohonan daripada entiti atau organisasi politik;
iv. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat;
v. Program sukan yang sedang berlangsung atau telah tamat;
vi. Menjalankan perniagaan/ aktiviti yang dilarang oleh Kerajaan;
vii. Entiti yang telah disenarai hitam atau diisytiharkan bankrap oleh pihak Kerajaan;
viii. Bertentangan dengan undang-undang atau dasar-dasar Kerajaan semasa, menyentuh sensitiviti atau menjejaskan keharmonian rakyat, komuniti serta menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam;
ix. Penganjuran sukan yang terlibat dengan mana-mana individu/organisasi yang menjalankan perniagaan/aktiviti yang dilarang oleh Kerajaan, termasuk minuman keras, berasaskan tembakau, rokok elektronik, perjudian atau berunsur seksual; dan
x. Syarikat, Yayasan, Badan Berkanun dan Agensi Kerajaan.
Permohonan dibuka bermula 19 Disember 2024 sehingga 15 Ogos 2025 dan boleh diisi secara dalam talian yang boleh dicapai di pautan yang disediakan di https://gps.kbs.gov.my/; dan
Pemohon boleh merujuk kepada jadual berikut untuk perancangan permohonan.
JENDELA PERMOHONAN | TARIKH PROGRAM | PERMOHONAN DITUTUP PADA | TARIKH KEPUTUSAN |
Jendela 1 | 1 Feb - 28 Feb | 31 Dis 2024 | 24 Jan |
Jendela 2 | 1 Mac - 14 April | 31 Jan | 15 Feb |
Jendela 3 | 15 Apr - 30 Jun | 15 Feb | 15 Mac |
Jendela 4 | 1 Jul - 31 Ogos | 30 Apr | 30 Mei |
Jendela 5 | 1 Sept - 30 Sept | 30 Jun | 31 Julai |
Jendela 6 | 1 Okt - 31 Okt | 15 Ogos | 15 Sept |
*Sebarang perubahan tarikh adalah tertakluk kepada perubahan semasa.
Nilai program sukan bagi satu permohonan adalah tidak kurang daripada RM50,000.00.
Pemohon layak membuat lebih daripada satu (1) permohonan. Namun, setiap pemohon hanya dipertimbangkan SATU (1) kelulusan di setiap Jendela; dan
Kelulusan bagi permohonan seterusnya akan diberi setelah laporan lengkap dikemukakan dan bayaran tuntutan telah sempurna bagi kelulusan terdahulu.
Tempoh pelaksanaan program yang diluluskan adalah sehingga 31 Oktober 2025 dan sebarang pelanjutan tempoh pelaksanaan selepas tarikh tersebut adalah TIDAK DIBENARKAN.
Sehingga 50% daripada kos program atau maksimum sehingga RM1,000,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta Sahaja).
TIDAK. Bayaran hanya dibuat secara tuntutan bayaran balik (reimbursement) selepas program selesai dilaksanakan. Tuntutan perlu dikemukakan secara hardcopy dengan disertakan dokumen bayaran yang lengkap seperti bukti bayaran, bil pihak ketiga dan resit perbelanjaan rasmi serta dokumen berkaitan. (Sila rujuk senarai semak semasa tuntutan)
Pemohon yang menerima notifikasi “DILULUSKAN” dalam sistem GPS serta e-mel Surat Kelulusan daripada Sekretariat GPS KBS.
Keputusan Jawatankuasa Pelulus adalah MUKTAMAD dan segala rayuan tidak akan dipertimbangkan kecuali bagi kes-kes yang munasabah
Pemohon perlu mengembalikan salinan asal Akuan Penerimaan yang telah ditandatangani dan dicop dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan e-mel surat kelulusan. Kegagalan mengemukakan Akuan Penerimaan dalam tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan kelulusan DIBATALKAN.
Pemohon hendaklah mengembalikan laporan pelaksanaan program mengikut templat yang disediakan oleh Sekretariat berserta resit - resit perbelanjaan program yang mana setiap muka surat telah disahkan (cop) oleh persatuan.
Adalah diingatkan supaya jumlah resit/ baucar bayaran yang disertakan perlu gandaan 2 dari nilai kelulusan.
Sistem pendaftaran untuk pembekal dan individu yang berurusan dengan Kerajaan. Persatuan/ Kelab/ Pertubuhan yang masih belum mempunyai eVENDOR boleh membuat pendaftaran di https://evendor.anm.gov.my/
a) TES ialah kaji selidik yang dijalankan semasa acara sukan untuk menilai perbelanjaan peserta dan pengunjung seperti pengangkutan, penginapan, makanan, pembelian barangan sukan, dan yuran penyertaan.
b) Kod QR TES akan diberikan melalui e-mel Surat Kelulusan oleh Sekretariat GPS.
c) Penerima GPS perlu:
i. Menyediakan kod QR untuk kaji selidik TES.
ii. Memaparkan kod QR di sekitar venue atau dalam e-mel kepada peserta.
iii. Melampirkan gambar bukti edaran kod QR semasa membuat tuntutan.
a) Untuk acara sukan tempatan, TIDAK PERLU. Namun, penganjur mesti:
i. Mendapatkan sanksi dari badan pengelola sukan.
ii. Mendapatkan insurans untuk pertandingan.
iii.Mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan lain-lain arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
b) Untuk acara antarabangsa, permohonan kepada PJS diperlukan mengikut Akta 576 Seksyen 33 dan mesti dibuat 30 hari sebelum acara.
PERLU. Merujuk kepada Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) Seksyen 33(1) “Tiada seorang pun boleh membuat tawaran atau menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah bagi apa-apa pertandingan atau acara sukan antarabangsa di Malaysia tanpa kelulusan bertulis Menteri terlebih dahulu dan keputusan Menteri adalah muktamad’.
Permohonan penganjuran acara sukan peringkat antarangsa yang dibuat melalui PJS (menggunakan sistem eROSA) akan disemak dan diteliti sebelum dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Penganjuran Sukan Antarabangsa (JKPSA) seterusnya diangkat kepada Menteri untuk kelulusan bergantung kepada dokumen yang lengkap.
a) Tempatan - Mana-mana penganjuran pertandingan sukan di peringkat kebangsaan, negeri, daerah, bahagian atau mana-mana kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan yang melibatkan penyertaan warganegara tempatan atau pemastautin tetap.
b) Antarabangsa – Penganjuran pertandingan sukan di Malaysia yang disertai oleh mana-mana bukan warganegara yang mewakili sesuatu negara atau secara individu tidak termasuk yang menetap dan bekerja atau belajar di mana-mana bahagian dalam persekutuan.
Ini bagi memastikan setiap penganjuran/pertandingan/acara yang dianjurkan mengikut kaedah dan garis panduan yang diiktiraf oleh semua badan pengelola sepertimana dinyatakan di dalam Akta 576 seksyen 34;
“Sesuatu badan sukan hendaklah memastikan bahawa semua pertandingan dan acara sukan yang dibenarkan, dijalankan atau disertai olehnya serta pertandingan dan acara sukan yang diadakan di bawah naungannya, adalah mengikut kaedah dan garis panduan yang diiktiraf oleh semua badan pengelola dan pengawalseliaan bagi sukannya dalam semua perkara, termasuk standard dan kelayakan semua peserta dan pegawai serta langkah kesihatan dan keselamatan bagi peserta, pegawai dan penonton di pertandingan atau acara itu”.
a) Mana-mana kejohanan/ pertandingan/ acara sukan yang hendak dianjurkan organisasi tetapi tidak mempunyai Badan Pengelola Kebangsaan bagi tujuan sanction, boleh mengemukakan surat pemakluman kepada PJS bagi menggantikan surat kebenaran dan disertakan peraturan-peraturan permainan/ pertandingan yang digunakan.
b) Sekiranya penganjuran tersebut adalah peringkat antarabangsa, penganjur hendaklah mendapatkan sanction dari Badan Pengelola Antarabangsa (IF).
Setiap jenis penganjuran kejohanan/ pertandingan/ acara sukan yang hendak dilaksanakan sama ada berisiko atau pun tidak, PERLU mendapatkan perlindungan insurans dan ianya merupakan syarat WAJIB yang telah ditetapkan pihak KBS