TAWARAN BIASISWA SUKAN PERSEKUTUAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN TAHUN 2021

SYARAT KELAYAKAN:

1. Terbuka kepada atlet yang akan/ sedang menyambung pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Pertama di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia dan masih bergiat aktif dalam bidang sukan, sekurang-kurangnya mewakili IPT Malaysia ke Sukan Universiti ASEAN (AUG) atau mewakili Negeri dalam Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) atau Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf.


i. Umur tidak melebihi 25 tahun bagi pengajian peringkat Diploma secara sepenuh masa; dan
ii. Umur tidak melebihi 30 tahun bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Pertama secara sepenuh masa.


2. Kategori permohonan:
2.1. Telah mendapat surat tawaran pengajian bagi pelajar baharu atau sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Pertama dari mana-mana Institusi Pendidikan Tinggi Tempatan serta bidang pengajian diiktiraf oleh Malaysia Qualification Agency (MQA).

2.2. Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 bagi Atlet IPT atau memperoleh PNGK 2.00 bagi Atlet Negara pada semester terkini sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan dari Atlet Negara perlu dilampirkan surat pengesahan daripada Majlis Sukan Negara.

2.3. Memiliki baki pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun (2 semester) dan ke atas semasa permohonan dibuat.


3. Tidak menerima sebarang tajaan / biasiswa daripada mana-mana institusi / agensi kerajaan / swasta yang lain.


4. Sihat dari segi mental dan fizikal.


5. Pemohon-pemohon yang menerima hadiah biasiswa ini hendaklah terus giat di dalam latihan dan pertandingan-pertandingan sukan pilihannya semasa tempoh pengajiannya dan juga dikehendaki mewakili negara di dalam pertandingan-pertandingan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa sekiranya diperlukan.


6. Pemohon-pemohon yang dipilih hendaklah berkelakuan baik (good-character) dan mempunyai minat serta semangat yang tinggi.


Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian di https://spsb.kbs.gov.my
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Tel: 03-88713548 / 3558/ 3537


Tarikh permohonan : 5 hingga 18 Julai 2021
Go to top