TINJAUAN EKONOMI SUKAN

Image

Ingin tahu impak ekonomi yang terhasil daripada acara sukan yang anda anjurkan?

Daftarkan acara sukan anda sekarang untuk melaksanakan Tinjauan Ekonomi Sukan.

Image
Image
Image
Image

TUJUAN DAN PELAKSANAAN

Tinjauan Ekonomi Sukan bertujuan untuk menilai impak ekonomi yang terhasil daripada penganjuran acara-acara sukan di Malaysia.

Tinjauan ini akan mengumpul maklumat mengenai corak perbelanjaan para peserta dan pengunjung yang menghadiri acara sukan yang anda anjurkan.

Semasa hari acara, para peserta dan pengunjung hanya perlu mengimbas kod QR dan menjawab soalan-soalan yang akan mengambil masa dalam 1 minit.

Segala bahan tinjauan termasuk borang tinjauan dan poster akan disediakan oleh pihak KBS. Pihak penganjur acara hanya perlu memastikan tinjauan ini dilaksanakan semasa hari acara.

Segala maklumat yang diterima daripada responden akan diuruskan oleh pihak KBS. Hasil tinjauan (data dan statistik) akan turut dikongsikan kepada pihak penganjur acara.

ALIRAN PROSES UNTUK PENGANJUR ACARA


SEBELUM HARI ACARA

1. Mendaftarkan acara sukan bagi melaksanakan tinjauan semasa hari sukan.

2. Menerima bahan-bahan untuk melaksanakan tinjauan:

  • Borang tinjauan

  • Poster dan kod QR

  • Pautan (URL) untuk memantau jumlah responden

SEMASA HARI ACARA

3. Memaparkan poster yang mengandungi kod QR di sekitar tempat acara.

4. Memastikan para peserta dan pengunjung acara mengambil bahagian dalam tinjauan ini.

5. Meningkatkan jumlah responden menerusi aktiviti promosi dan/atau pemberian insentif.

SELEPAS HARI ACARA

6. Menerima hasil tinjauan (data dan statistik) daripada pihak KBS.

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman
Pilihan Bahasa : Bahasa Malaysia | Bahasa English

Kemaskini Terakhir: 21-01-2025, 16:24:38

Jumlah Pengunjung Laman :

Search