Page 51 - LAPORAN TAHUNAN KBS 2023
P. 51
Pencapaian KBS
49
Antara acara Tayangan Skrin Besar yang telah
diadakan termasuk:
■ Pestabola Merdeka
■ Perlawanan Malaysia vs India
■ Final Pestabola Merdeka: Malaysia vs
Tajikistan
■ Final Piala FA: JDT vs KL City FC
■ Separuh Akhir 1 dan 2 AFF Mitsubishi
Electric 2022
Selain bola sepak, program ini juga merancang
untuk menayangkan acara sukan lain seperti hoki
dan badminton, memberikan lebih banyak pilihan
kepada peminat sukan.
Program ini dijayakan melalui kerjasama dengan
semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di
seluruh negara. Ini bukan sahaja memudahkan
penganjuran acara, tetapi juga membantu dalam
memupuk semangat perpaduan di kalangan
masyarakat Malaysia. Acara Tayangan Skrin Besar
memberi peluang kepada penyokong pasukan
Malaysia untuk menyaksikan aksi secara langsung,
di samping meluangkan masa berkualiti bersama
keluarga dan komuniti setempat.
Dengan kejayaan yang dicapai, Program Skrin
Besar membuktikan ia adalah platform yang
berkesan untuk menggalakkan penyertaan dalam
sukan dan membina hubungan yang lebih erat
dalam masyarakat.

