Geran Padanan Sukan
Geran Padanan Sukan Kementerian Belia dan Sukan (GPS KBS) bertujuan untuk memberikan bantuan berbentuk geran padanan bagi penganjuran program sukan Persatuan/ Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)/. Kaedah pemberian bantuan GPS KBS adalah secara tuntutan bayaran balik (reimbursement).
Semak kelayakan sebelum mula memohon.
GPS terbuka kepada Persatuan / Kelab / Pertubuhan yang sah berdaftar. Ini memastikan permohonan yang diterima mematuhi garis panduan dan proses yang telus.
-
Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) Organisasi sukan berdaftar & berstatus sah.
-
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Untuk pertubuhan belia yang berdaftar.
-
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Pendaftaran pertubuhan/NGO di bawah ROS.
| Jendela | Tarikh Program | Tutup Pada | Keputusan |
|---|---|---|---|
| Jendela 1 | 15 Feb – 31 Okt | 31 Dis 2025 | 15 Jan |
| Jendela 2 | 15 Apr – 31 Okt | 28 Feb 2026 | 15 Mac |
| Jendela 3 | 15 Jun – 31 Okt | 15 Apr 2026 | 15 Mei |
| Jendela 4 | 1 Sept – 31 Okt | 1 Julai 2026 | 31 Jul |
Skop Permohonan
Ringkasan skop membantu pemohon memastikan program memenuhi kriteria sebelum memohon.
Permohonan meliputi penganjuran program sukan Prestasi Tinggi atau Impak Tinggi di peringkat Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa yang dilaksanakan di dalam negara.
-
Prestasi Tinggi Sukan yang menentukan ranking; Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) dan Persatuan Sukan Negeri(PSN).
-
Impak Tinggi Dilaksanakan oleh Persatuan/ Kelab/ Pertubuhan yang berdaftar di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS), Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS); dan memberi impak kepada ekonomi (ROI) / industri sukan..
-
103 Jenis Sukan Di bawah Jadual Pertama Akta Pembangunan Sukan 1997 (Pekeliling PJS Bil. 2/2023).
-
Program Belum Dilaksanakan Hanya program yang belum dilaksanakan pada tarikh permohonan dibuat.
Program yang mendapat kelulusan GPS akan dipantau oleh pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negara / Jabatan Belia dan Sukan Negeri / Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) mengikut keperluan.
-
SISPAA KBS Sebarang aduan mengenai GPS boleh dibuat melalui sistem SISPAA KBS.
-
E-mel Sekretariat sekretariatgps@kbs.gov.my
Tujuan / Objektif GPS
Fokus utama GPS ialah memperkukuh penganjuran, prestasi, penajaan, dan daya saing industri sukan — selari aspirasi Visi Sukan Negara 2030.
Kenali Geran Padanan Sukan (GPS) dalam 2–3 minit.
Tonton video ringkas ini untuk faham konsep geran padanan, siapa yang layak memohon, serta bagaimana GPS membantu memperkukuh penganjuran program sukan yang berimpak.
-
Apa itu geran padanan? Memadankan dana mengikut syarat/kelayakan bagi menyokong program sukan yang strategik.
-
Proses permohonan yang jelas Semak kelayakan, rancang program, dan ikut jendela permohonan yang ditetapkan.
-
Fokus impak & prestasi Keutamaan pada program yang meningkatkan penyertaan, prestasi atlet, dan budaya bersukan.
Siling peruntukan & ketetapan asas permohonan.
Ringkasan ini membantu pemohon merancang kos program dan padanan geran dengan lebih jelas.